Wednesday, November 30, 2011

MencaRi SeSuaTu

mencari sinar dicelahan kabus
menyusuri danau penuh duri
mencari sesuatu...adakah pasti?

aku merenung ke arah ufuk
mencari sinar yang dikhabarkan itu
mencari sesuatu... menjawab persoalan ku

mencari sesuatu dalam kekalutan
mencari sesuatu dalam kemusnahan
membina sesuatu setelah kekalutan itu mencetuskan kemusnahan

Tuesday, June 7, 2011

perginya dia meninggalkan kenangan..

Saturday, May 28, 2011

hakikat..

Sejuah mana puna ku pergi..
Aku tak pernah dapat lari dari hakikat ini...
hakikat bahawa kita akan berpisah dan berjumpa semula..


Tuesday, May 24, 2011

seakan wajah itu...

Seakan wajah itu yg berada di hadapanku..
tanpa aku sedah membawa aku sedetik ke masa lalu..

wajah itu seiras wajah si pengguris hati ini..
wajah yang pernah buat aku jatuh cinta..
wajah yang pernah buat aku bahagia...
dan wajah itu juga telah buat hati ku terluka..
ibarat hirisan pisau yg tajam ... 
sebabkan aku terluka..
luka yang amat pedih 
luka yang dalam...

seakan wajah itu....

Friday, May 20, 2011

15 tahun berlalu ...

Dini hari, hati ku tiba-tiba sayu....
Cerita yang telah lama tersimpan tanpa ku sedar tersingkap kembali...
Kisah 15 tahun lalu tanpa sedar ku tuturi ia dengan penuh ketenangan..

Cinta pandang pertama...
yang memberi detik sinar dlm hidup ini satu tika dulu..

kerana cinta itu, aku berubah..
kerana cinta itu, aku menghargai kehidupan ..
kehidupan yang belum tentu kita akan dapat nikmatinya hari esok..
cinta itu mengajar aku menjadi tabah dan redha...

Cinta pertama yang berakhir...
berakhir tanpa aku tahu simpulannya..
berakhir tanpa aku tahu noktahnya...
cuma aku tahu, cinta itu yang aku sayang ketika itu...

DIA lebih berhak ke atas cinta ku
DIA membawa cinta ku pergi...
DIA mengaturkan segalanya..

dan aku redha dengan ketentuan DIA...

Monday, February 14, 2011

aku dan diriku...

bertanya aku kepada diri ini..
haluan mana yg aku perlu tujui..
ke mana langkah aku yg seterusnya..

mencari cinta...telah ku temui...
mencari kasih...ia datang dengan sayang...
mencari diri... aku sentiasa cermin diri..

Thursday, October 7, 2010

Terima kasih sayang...

Seakan baru semalam..
kau melafazkan kata mengikat perjanjian...
Akad antara kita..
Aku bergelar isteri...
Kau bergelar suami...
Disempurnakan dengan syariat ..
Diserikan dengan adat...
Disaksikan keluarga dan sahabat...

Dan kini...
Hampir 3 tahun sudah berlalu...
Kasih sayang aku padamu tak pernah berubah..
Makin cinta..makin mekar...

Terima kasih kerana menyanyagi diriku...
Terima kasih kerana memahamiku..
Terima kasih atas segala pengorbananmu...
Terima kasih suamiku....